.FOLLOWERS

.NOTES FOR TODAY

.:: UPDATE ::.

.LATEST NEWS.

(: YAYA :)
.sabar itu separuh daripada iman

.bad mood >,<'

.APASAL KORANG NK BUAT KECOH KT BLOG AKU!!!

.SANGAT MARAH!!!

.MY PLAYLiST




Gratisan Musik
REDHA
INTEAM
ASSALAMUALAIKUM
kepada pembaca SETIA blog aq aka yaya...
(maaf menggunakan bahasa diri 'AKU/AQ' kerana yaya sangat)
MARAH!
aku terpaksa membuat entri ini kerana aku tidak tahan dengan karenah kalian.. kalau x ada monyet masakan pokok bergoyang!!!.. kalau kalian tidak mengata/mencaci/memaki di ruangan CHATBOX aq, x akan jadi macam nih! siapa yang mula dahulu???
SIAPA?????????
di tujukan KHAS buat insan yang mempunyai SIFAT -VE dalam diri terhadap orang lain

'orang yang suka menyamar menjadi orang lain'
'orang yang pengecut'
JILBAB PUTIH
SEMUT API (@ mungkin kata nama lain BATU API)

TUNJUKKAN!! mana diri kamu sebenar? siapa kamu?.. kenapa x tunjukkan diri / nama sebenar kalian? takut? ha! TAKUTTTTTTT!!!!! MasyaAllah, sedarlah saudara seagamaku, kalian bukan berdakwah! kalian bukan membantu! sebaliknya kalian menambahkan dosa pada diri masing-masing atas semua kutukkan/hinaan/makian kalian.. kalau bagi kalian apa yang dilakukan oleh 2 insan ini adalah salah, redha dan bagilah nasihat yang membangun, bukan 'hentam x pakai helmet'.. Nauzubillah, lagi dasyat apabila kalian telah mendoakan yang tidak baik untuk 2 insan ini.. apakah kalian sedar, adakah Allah akan memakbulkan doa yang tidak baik kalian ke atas 2 insan ini? sesungguhnya kalian lagi banyak mendalami ilmu agama berbanding aku.. Allah hanya akan memakbulkan doa orang yang di ZALIMI (x perlu lah aku nak menerangkan BAB di ZALIMI ini)..


sudah-sudah lah nak mengdengki pada orang lain.. mungkin aq x sepandai korang yang lebih banyak MENDALAMI ILMU AGAMA.. tapi yang aq belajar tentang agama kesemuanya bersifat +ve!!! INGAT! BERSIFAT POSITIF!!!! wahai pendidik agama sekalian.. kenapa nak berbalah sesama sendiri? kenapa nak pentingkan diri sendiri? kenapa saling nak menjatuhkan? kenapa mesti nak mengutuk mengata? kenapa mesti berhasad dengki? kenapa tidak redha dengan ketentuan ALLAH? ingat! KETENTUAN ALLAH!...

berfikiran positif dan profesional lah kalian.. jangan seperti budak hingusan.. nak bergaduh je.. kalian jadi begini kerana kalian hanya mendengar sebelah pihak saja.. pernah kalian tanya kepada pihak satu lagi? kenapa dia nekad membuat keputusan dan mencari orang ketiga dalam hidupnya? pernahhhhh takkkkk??????

sesungguhnya manusia hanya mampu merancang.. berbalik la kalian pada lumrah manusia.. kita hanya mampu merancang, selebihnya Allah yang menentukan.. 'kun faya kun' = jadilah maka jadilah.... apa kalian tidak sedar? semakin kalian menghina,caci maki 2 insan ini..apa yang aq lihat, hubungan mereka semakin bertambah bahagia dan semangat mereka semakin kuat menempuh ujian Allah.. aq tidak berbohong, tapi inilah hasil apa yang aq lihat.. alhamdulilah, syukur kepada Allah... apa kalian berpuas hati dengan caci / makian kalian selama ini? apa kalian berjaya? @ kalian dapat membantu pihak yang kalian bela? tidak! kalian tidak mendapat apa2 pun selain DOSA! ingat DOSAAAAA! nauzubillah..


hurmm~ bukan nak membela pihak ketiga, tapi cuba kalian berfikir sedikit apa yang aq nak kata ni... kita lihat dari kisah NABI MUHAMMAD S.A.W yang mempunyai isteri lebih dari 1, dan kita amik skop paling kecik...ingat! skop PALING KECIK!!! adakah isteri ke 2 ke 3 dan selainnya di katakan sebagai PERAMPAS??? adakah???? aq x perlukan JAWAPAN yang mempunyai 'kerana' / 'sebab'... 'kerana' / 'sebab' itulah ada pada tiap2 jawapan terhadap KEADAAN seseorang yang kalian tidak boleh nak pertikaikan kalau tidak mengetahui KEADAAN SEBENAR...


apa yang ingin aq cakapkan di sini ikhlas dari hati.. dulu aq juga kurang senang dengan keadaan ini n apa yang terjadi, tapi aq x bertindak melulu dengan menunding jari tanpa usul periksa.. aq berfikir dengan meletakkan diri di pihak pertama dan kemudian di pihak ke 2 dan ke 3.. apa yang aq dapat simpulkan, ke semua pihak mempunyai kesalahan diri masing2, tapi bila aq berfikir dengan berbalik pada ketentuan Allah terhadap kehidupan kita yang dah tercatat sejak azali di 'luh mahfuz' lagi.. kalau dah takdir, takdir.. kalau dah jodoh, jodoh.. kalau mati, mati.. apakah kalian mengetahui masa akan datang kalian? ... haih~ manusia manusia, kalau kita sentiasa berfikiran positif pada tempatnya dan keadaannya, kita x akan kolot macam nih..
sentiasalah bersyukur dan redha..

aq menulis entri ini bukan hendak mempertikaikan pendidikan kalian, kelebihan kalian @ berpihak kepada siapapun.. tapi aq menulis hanya sebagai seorang insan untuk menasihati dan saling mengingati... insyaAllah juga kapada diri aq sendiri...


NOTA :
:aq minta maaf kepada semua kalau ada salah & silap dalam membuat entri2 blog ini
dan aq memaafkan siapapun yang 'menyakitiku'...
(nak maaf @ tidak terpulang la kerana urusan kamu dengan Allah)
:MUHASABAH DIRI MASING-MASING
DEVIL OR ANGLE???
.:: 22november09 ::.

hehehe, saje nak wat gempak title post nih.. emm~ lame dah yaya x mengupdate blog nih kn? kn?.. saje nak menyepikan diri, ye lah hari demi hari asek mamam hati saje.. tuhan saje la yang tahu.. kalo mamam sambal jawe hati + paru macam tiap-tiap hari raye tu x pe la jugak.. seDAPPP!!!!... tapi yang ni~~~

isk isk MyEm0.Com
(ish~ ish~ dah! dah! ni bkn nk wat entri sedih)

okep, berbalik pada tajuk..kui kui.. emm bile 2 insan berjumpa pasti ade orang ke-tiga kan? orang ketiga tu korang pempaham la sape..

(woo~ rancakny mereka berbual)

hehehe.. tapi tidak bagi kami.. (sory la yer kakak ku,saje nk wat publisiti picture nih) kui kui x de modal mau wat entri.. emm~ macam ni la kami adik-beradik.. dekat rumah, kalo nak keluar dengan seseorang abah tak kasi kuar berdua.. time dekat kolej dulu pun same, nak kuar x kisah la dengan bf ke @ dengan member2 ke mesti contek abah.. kalo abah x kasi, kte kau-tim dengan mak.. n mak mesti kasi punye.. kui kui cayunk MIMIK! (name comel mak yg kami panggil) x pernah menghampakn anak-anakny..MyEm0.Com

ape lagi, tugas yaya sebagai 'angle' x berdaftar nih hanya akan menghabiskn duit kakak tersayang.. muehehehe~ ala bukan habiskn duit ape sangat, cume mintak belanja makan aje.. lapar bangat time nih.. sampai je kat food court BP MALL trus oder nasi pattaya n milo ais.. tu je la menu yaya bile makan kt citu... lepas tu abg fuze ajak kakak pegi melukis potret.. abg fuze cakap impian dia sejak zaman kampus dulu.. mule2 yaya nak join jugak, tapi bile tengok akk macam 'patung' je kat kerusi tu.. huhu x kuase i..

(akk cakap leher dy tegang je time nih..kui kui kecian~)

(tengok abg fuze, cenyum aje..almaklum la tercapai impian dy sekian lame bersame org tercinta pulak tu)

emm, 1 muke mau mkn 15 minit la jugak.. lotih menunggu kat tepi dorg nih.. ape-ape pun hasilnya memuaskn jugak.. tengok nih

(ha~ siap bergambar dgn pakcik pelukis jugak tuh!)

(yaya pn x lepaskan peluang jugak! muehehehe)

muke abg hafiz nih macam PIERRE ANDRE kn? hehe kalo sape2 nak no tipon dy, amik la kt banner blakang yaya tu..kui kui kuiMyEm0.Com


SALAHKAH AKU MENCINTAINYA???
.::SALAHKAH AKU MENCINTAINYA???::.

Aku terkedu apabila persoalan itu keluar dari mulut salah sorang sahabat yang aku kenali, aku baru sedar bahawa memang saatnya jiwa remaja yang ingin mengenal cinta, namun apa yang boleh aku buat? Dia telah jatuh cinta, apa yang boleh aku bualkan kepadanya tentang cinta? Aku mencongak kata-kata yang bakal ku susun, agar dia tidak menyalahi erti cinta..

Apakah cinta yang sebenarnya? Bagaimana islam memandang cinta? Bagaimana pula jika cinta menghampiri kita?

Cinta atau mahabbah asalnya bermakna bening dan bersih. Boleh diertikan juga air yang melimpah ruah selepas hujan turun dengan lebatnya. Oleh itu boleh disimpulkan al mahabbah sebagai luapan hati dan gelojak rindu ketika diselebungi keinginan untuk bertemu dengan kekasih. Cinta boleh membawa sengsara juga boleh membawa kebahagiaan..ianya bergantung kepada bagaimana kita mengurus cinta itu.

Islam memandang cinta dalam 3 perspektif.

1) menyintainya kerana ALLAH swt...(cinta sepasang suami isteri, bernikah untuk mengelakkan maksiat, mengikuti sunah nabi)
2) cinta yang mendatangkan murka ALLAH swt (cinta nafsu berahi)
3) cinta yang mubah (cinta tidak sengaja, cinta pandang pertama, merahsiakan dan menahan diri)

Jadi bagaimana nak mengurus perasaan cinta yang menghampiri kita?mana mampu kita hendak menolak cinta yang datangnya tanpa diundang. Memang perasaan cinta tidak boleh ditahan dan dibendung Cuma kita hendaklah berlaku jujur dan menyalurkannya mengikut kehendak syariat. Persaan ’cinta suci remaja’ memang biasa diucapkan..Cuma syaitan memainkan peranan dalam menggelincirkan kita kepada kemungkaran dan larangan ALLAH. Tanpa kita sedari kita telah melanggar larangan ALLAH kerana memang adat bercinta mereka mendakwa bahawa cinta mereka tulus dan suci....

Ingatlah bahawa yang haram itu tetap haram walau apa keadaan sekalipun Cuma kita yang kadang2 cuba menghalalkannya dengan membuat pelbagai alasan, itu dan ini. Di sisi ALLAH ia adalah satu dosa dan setiap dosa layaknya adalah neraka.

Dalam hadis nabi riwayat ibnu majah:
"tidak ada yang lebih patut bagi 2 orang yang saling mencintai kecuali nikah”

Apa nikah? Tidak mungkin! Sekolah pun tak habis..bagaimana nak bernikah?

Dalam surah Al-Isra:ayat 32 ”janganlah kalian mendekati zina.”

Ah! takkanlah bercinta pun dianggapi mendekati zina? Bingung juga.

Sabda nabi..”janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita..tidaklah bersendirian kecuali ketiganya adalah syaitan.”

Sahabatku, kau seorang remaja muslim yang baik, tidak akan berdalih lagi untuk mengelak dari perkataan ALLAH dan rasulNYA,mampukah sahabat tidak berdalih lagi?

Bagi sahabat-sahabatku yang sudah jatuh cinta rasakan cintamu di dalam hati, berusahalah untuk melupakannya buat sementara waktu dan sibukkan diri dengan sesuatu yang brmanfaat. Tahanlah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama seperti mengelamun, berangan-angan membayangkan wajahnya yang tampan dan menggoda. Bersabarlah menghadapi ujian cinta ini. Jagalah batas pergaulan dan peliharalah kehormatan diri. Jangan biarkan cinta yang mubah ini menjadi cinta yang salah. Berdoalah kepada ALLAH agar dipertemukan kamu jika dia paling sesuai untukmu, agamamu dan keluargamu..apabila tiba masanya nanti, apabila jodohmu ada insyaALLAH kamu akan ditemukan dalam hubungan yang diredhai oleh ALLAH swt.

Lakukanlah perkara ini agar dirimu tidak rawan:
1) tundukkanlah pandanganmu dari perkara2 yang oleh menaikkan nafsu
2) hindari dari berdua2an dan ikhtilat
3) hindari dari menonton filem atau drama atau cerita cinta yang mengasyikkan
4) hindari bacaan novel yang menghanyutkan hati kita lantas tergoda dengan perangkap cinta palsu
5) hindari lagu2 cinta
6) fahami maksud ’teman akrab’ berlainan jantina
7) sibukkan dengan mengaji dan berzikir
8) berpuasalah untuk memendam perasaan nafsu dan rindu
9) bernikah sajalah jika sudah benar2 mampu dari segi fizikal, kewangan, emosi dan intelekmu.......

Boleh jika kamu tidak mahu, janganlah bersedih..syurga ALLAH kan lebih indah, alangkah baiknya ALLAH. Sanggupkah kita menkhianatinNYA? Bukankah DIA yang telah mencipta dan memelihara kita selama ini? Tidakkah dia lebih baik dan sesuai, maka lebih pantas untuk dicintai?

Rasulullah bersabda:
”tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga ia lebih mencintai ALLAH daripada mencintai anaknya, orang tuanya dan semua manusia”.......

Siapakah yang dapat menolong kita di hari akhirat nanti?kekasih kah??tentu tidak.oleh itu tetaplah tersenyum dan berlapang dada dalam menghadapi cinta ini. insyaALLAH ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik, kekasih yang suci dan soleh/solehah yang bergelar suami dan isteri di dunia dan akhirat nanti, insyaALLAH.

Namun sahabatku, jika kamu dan kekasihmu sudah tidak boleh dipisahkan lagi..cintamu sudah terlalu mencengkam kalbu, tidurmu sudah tidak lena lagi, makanmu sudah tidak lagi kenyang, mandimu sudah tidak lagi basah, maka berkahwinlah......demi menjaga kesucian syariat dan memelihara satu rantaian zuriat masa depan yang bersih, suci dan soleh sepanjang generasi zaman, insyaALLAH.

Wallahu'alam....



MyEm0.Com

BUNGA YANG INDAH (Buat Muslimah)

Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi..

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. "Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa?" Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

MyEm0.Com

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.

Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan. Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.

Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya. Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.

MyEm0.Com

Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan. Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya? Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.

Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:

"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl:53.....

RENUNGILAH IA BUAT MU MUSLIMAH....

MyEm0.Com

KELIRU ANTARA CINTA & SUNNAH

Rasulullah SAW tauladan terbaik. Lelaki terbaik. Tak pernah sejarah yang mencatatkan percintaan Baginda sebelum kahwin melainkan yang diceritakan semua percintaan selepas kahwin. Jadi bercinta sebelum kahwin tu datang dari mana? Kalau dilakukan oleh Rasulullah SAW, bermakna kita yang bercinta sebelum kahwin ni pun mesti dapat pahala sebab mengikuti sunnah Baginda SAW. Mesti para sahabat dan ulama-ulama juga berlumba-lumba untuk bercinta sebelum kahwin. Ingat tak hadis Nabi SAW?

“Wahai orang muda, sesiapa pun di antaramu yang mampu berkahwin, hendaklah berkahwin, kerana inilah satu cara menahan mata daripada melihat kepada keburukan dan memelihara kamu supaya suci dan mulia Dan sesiapa yang tak mampu, hendaklah berpuasa kerana puasa melemahkan nafsu”

(Bukhari wa Muslim)

Rasulullah SAW tak sebut pun pasal bercinta, tak suruh pun kita bercinta. Tapi pernikahan yang dianjurkan. Kalau tak mampu ada cara lain. Sejajar dengan isi kandungan Al-Quran:

Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia ciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mahu berfikir.” Surah Ar-Ruum, ayat 21. Jadi kalau kita buat apa yang Nabi tak suruh, kita ikut sunnah siapa? Sedangkan perkahwinan itu adalah amalan Rasul-Rasul terdahulu. “Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan beberapa Rasul sebelum kamu dan Kami memberikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan......ilaa akhir ayat. Surah Ar-Ra’ad, ayat 38.

Sama-samalah kita bina diri, perbaiki setiap kelemahan. Kita masih belum terlambat. Jadikan kesilapan semalam pengajaran di hari esok. Suka atau tidak, ia perlu ada penutup sekaligus pembuka tirai episod yang baru pula. Mudah-mudahan di episod baru masih ada ruang untuk kita. Masih ada cahaya untuk kita. Masih ada title ummat Nabi Muhammad SAW untuk kita. Doaku, moga kau menemui kebenaran selepas ini....

Di sudut lain, aku melihat ada benih cinta lain sedang tumbuh di dasar hatiku. Menanti kehadiranku. Cinta yang pasti. Cinta yang tiada penghujungnya. Abadi lagi kekal. Itulah cinta Allah dan Rasul-Nya. Layakkah aku....?MyEm0.Com

“Kalau lelaki tu baik, pertama sekali, dia akan selamatkan kita dari maksiat. Selamatkan kita dari dosa. Dia takkan pegang-pegang kita sebab dia tahu tangan kita hanya untuk suami. Dia takkan ajak kita berjumpa berdua sebab dia tahu apa hukumnya. Kalau sebelum kahwin lagi dia tak boleh pimpin kita, bagaimana esok lusa? Boleh percaya ke mereka boleh bimbing kita? Dan kalau wanita itu baik, dia akan pastikan lelaki pertama di Hatinya adalah suaminya. Lelaki pertama selain mahramnya yang menyentuhnya adalah suaminya. Bukan senang-senang je bagi kat lelaki yang entah apa-apa. Dan lelaki ni, walau sejahat mana pun apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia mesti nak juga memilih wanita yang baik.”MyEm0.Com

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

"biarlah jiwa ini beku dan kaku tanpa kehangatan kasih sayang itu andai ianya hanya singgah buat sementara..."
Thanks Hamizah Karim
Hope we can find our true love and 'soleh husband'MyEm0.Com
InsyaAllah

SAHABATKU

Saya MALAS Awak Suruh RAJIN..

Saya NAKAL Awak MARAH..

Saya SENYUM Awak Lagi La SENYUM..

Saya GURAU Awak GELAK..

SWEETS sangat Waktu Tuh..

tapi kalau Saya Tak Ade,

JANGAN Pulak Awak IKUT Saya PERGI..

Cuma DOA Je Dalam Hati..

&

INGAT Dekat Saya dah Cukup Untuk NILAI PERSAHABATAN Kita..

&

Buat saya TENANG Selamanya

Awak jangan SEDIH..

Saya Tak Suka AIR MATA Awak MENITIS Nanti..

Kerana..

Saya Terlalu SAYANGKAN KAWAN2 Saya..

Termasuklah AWAK..

MyEm0.Com
Labels: 0 comments |
SEBELUM, SEMASA, & SELEPAS MAJLIS KONVOKESYEN
.:: 2 oktober 2009 ::.

*kad jemputan yg ku tunggu2*

*ni mek tembam* (bukan nama sebenar)
.mmbr 1st yg ku cari setibanya d picc

*sila scroll picture di bawah
*tgh lepak santai*

.emm lepas selesaikn segala macam hal KPTM nih.. pe lagi calling2 tuk berjumpa la sementara tunggu kul 2 tuk raptai konvo.. nampakny ni je yang dapat dikesan.. ade yg bertukar cite, gosip jinak.. yang paling glam, bertukar business card.. yaya je ta tau nak bertukar pe..
MyEm0.Com
.bertukar!!! (super woman)

*bru lps solat nih, ade nmpk NUR x?*

.masing2 muke nak letih.. almaklum la sume datang dari macam bagai cabang.. yaya je x letih, dari tadi dok amik picture je
MyEm0.Com
.huhuhuhu

.ni sesi bergambar dlm dewan PLENARI tmpt kami bakal berkompang berkonvo

*wif mek na* (bkn name sebenar)

MyEm0.Com


.:: 3 oktober 2009 ::.

*sesampainy di PICC Putrajaya*

.time ni sesi pagi tgh berlangsung.. yaya sampai dalam pukul 11.. time raptai disuruh berkumpul seawal 12.45 tghari.. so masih awal lagi..yaya tengok budak sesi petang sume masih berkeliaran tanpa memakai baju konvo (ermm, aq mau amik picture..cm ne nih??? arghhh masuk tandas n tukar je la)
(ade aq kisah??)
MyEm0.Com
.huhu pe lg, dengan bantuan 2 guard kakak, yaya melaram dulu dgn baju konvo tu.. siap pakai topi lg
.tiba! tiba!

abah : 'jom g kantin, lapar lah'
mak : 'jom, adik nnt lapar dlm dewan, meh mkn ckit'
yaya : (adesss~ perut mcm lapar, tp malu la aq cm nih da siap awl.. ah wat mcm
x bersalah je la) ' ok, jom'
kak qema n kak yun :
'abah, meh la duit ciket'

.yaya tarik mak jauh2 (konon2 tamau dengar diaorang nk wat pe dgn duit tu..padahal da tau).. wawawa.. saje mau kasi suprise kt diri sendiri.. ekekeke

*
*
.ha! tengok...
*
*

*sila scroll picture di bawah

*mak n abah*
*uitt knp nih???*

.picture ni di ambil semasa tgh berkumpul kt dewan.. time ni mcm2 karenah dak DPP.. biase la tu mcm2 story nk di bualkan.. nk dgr sane, nk dgr cini
MyEm0.Com
.ade yg da kje, ade yg masih mengangur (mcm yaya), n yg paling besh.. ade yg bakal jadi ibu.. weweettt.. nak tau yg mane?

*2 dari kiri, pn. raja*
~sudah berisi 3 bulan~ (clap2)
MyEm0.Com
.dapat la ktorg ank sedara x bape nk sedara... mau wish
SELAMAT MENJALANI 9 BULAN!!!

*sila scroll picture di bawah
*mcm tangga la pulak*
*time ni tgh lineup sblm masuk dewan*

*ha tgk, borak smpai terduduk ktorg*
(ana smapi da nak baring tuu~)
*ni sesi peluk memeluk*
huhuhuhu

.okep bebeh.. pic ni lak diambil selepas amik scroll kosong.. ekekeke.. yg ori pny kne amik kt KPTM kelantan

*sila scroll picture dibawah
*baru je duduk dari amik scroll terus amik picture sndrik*

*ika, ira n miza*
(sesi bergambar curi)
hik hik hik
*kat tangga pn sempat*
.pendek kate mane ade kemera citu la ktorg pandang
(ade aq kisah?)
*ira n ana petik bunga kt mane tu??*


.okep abish
MyEm0.Com