.FOLLOWERS

.NOTES FOR TODAY

.:: UPDATE ::.

.LATEST NEWS.

(: YAYA :)
.sabar itu separuh daripada iman

.bad mood >,<'

.APASAL KORANG NK BUAT KECOH KT BLOG AKU!!!

.SANGAT MARAH!!!

.MY PLAYLiST




Gratisan Musik
REDHA
INTEAM

KELIRU ANTARA CINTA & SUNNAH

Rasulullah SAW tauladan terbaik. Lelaki terbaik. Tak pernah sejarah yang mencatatkan percintaan Baginda sebelum kahwin melainkan yang diceritakan semua percintaan selepas kahwin. Jadi bercinta sebelum kahwin tu datang dari mana? Kalau dilakukan oleh Rasulullah SAW, bermakna kita yang bercinta sebelum kahwin ni pun mesti dapat pahala sebab mengikuti sunnah Baginda SAW. Mesti para sahabat dan ulama-ulama juga berlumba-lumba untuk bercinta sebelum kahwin. Ingat tak hadis Nabi SAW?

“Wahai orang muda, sesiapa pun di antaramu yang mampu berkahwin, hendaklah berkahwin, kerana inilah satu cara menahan mata daripada melihat kepada keburukan dan memelihara kamu supaya suci dan mulia Dan sesiapa yang tak mampu, hendaklah berpuasa kerana puasa melemahkan nafsu”

(Bukhari wa Muslim)

Rasulullah SAW tak sebut pun pasal bercinta, tak suruh pun kita bercinta. Tapi pernikahan yang dianjurkan. Kalau tak mampu ada cara lain. Sejajar dengan isi kandungan Al-Quran:

Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia ciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mahu berfikir.” Surah Ar-Ruum, ayat 21. Jadi kalau kita buat apa yang Nabi tak suruh, kita ikut sunnah siapa? Sedangkan perkahwinan itu adalah amalan Rasul-Rasul terdahulu. “Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan beberapa Rasul sebelum kamu dan Kami memberikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan......ilaa akhir ayat. Surah Ar-Ra’ad, ayat 38.

Sama-samalah kita bina diri, perbaiki setiap kelemahan. Kita masih belum terlambat. Jadikan kesilapan semalam pengajaran di hari esok. Suka atau tidak, ia perlu ada penutup sekaligus pembuka tirai episod yang baru pula. Mudah-mudahan di episod baru masih ada ruang untuk kita. Masih ada cahaya untuk kita. Masih ada title ummat Nabi Muhammad SAW untuk kita. Doaku, moga kau menemui kebenaran selepas ini....

Di sudut lain, aku melihat ada benih cinta lain sedang tumbuh di dasar hatiku. Menanti kehadiranku. Cinta yang pasti. Cinta yang tiada penghujungnya. Abadi lagi kekal. Itulah cinta Allah dan Rasul-Nya. Layakkah aku....?MyEm0.Com

“Kalau lelaki tu baik, pertama sekali, dia akan selamatkan kita dari maksiat. Selamatkan kita dari dosa. Dia takkan pegang-pegang kita sebab dia tahu tangan kita hanya untuk suami. Dia takkan ajak kita berjumpa berdua sebab dia tahu apa hukumnya. Kalau sebelum kahwin lagi dia tak boleh pimpin kita, bagaimana esok lusa? Boleh percaya ke mereka boleh bimbing kita? Dan kalau wanita itu baik, dia akan pastikan lelaki pertama di Hatinya adalah suaminya. Lelaki pertama selain mahramnya yang menyentuhnya adalah suaminya. Bukan senang-senang je bagi kat lelaki yang entah apa-apa. Dan lelaki ni, walau sejahat mana pun apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia mesti nak juga memilih wanita yang baik.”MyEm0.Com

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

"biarlah jiwa ini beku dan kaku tanpa kehangatan kasih sayang itu andai ianya hanya singgah buat sementara..."
Thanks Hamizah Karim
Hope we can find our true love and 'soleh husband'MyEm0.Com
InsyaAllah

0 Responses

Post a Comment